Tuesday, May 4, 2010

Sudut PETUA

Tips - Cara Menghilangkan Hitam Diperut Selepas Bersalin

Cara untuk menghilangkannya ialah dengan menyapu baby losyen diperut dan di sekeliling pinggang setiap kali selepas mandi dan sebelum menyapu pengempis perut / campuran kapur & air limau nipis. Oh ya, anda tidak perlu menunggu sehingga losyen kering baru anda menyapu gel pelangsing atau campuran air limau dan kapur, sebaliknya terus sahaja sapu bahan pelangsing sebaik sahaja selepas losyen diletakkan. Mudah bukan..? Pasti perut anda kembali ke warna asal seperti sebelum mengandung selepas habis 44 hari berpantang.


Bayi Kerap Menangis
Sekiranya bayi kerap menangis pada waktu malam atau pada bila-bila masa
• Usap kepala bayi sambil membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 7x

Melancarkan Susu Ibu
. Ketika kandungan mencecah 6 atau 7 bulan, ambil segenggam beras dan sehelai daun sirih. Ramaskan kedua2nya di dalam secawan air suam. Seminggu sekali bersihkan payudara ketika mandi dengan air suam. Kemudian usapkan payudara dengan campuran air beras & daun sirih. Insya-ALLAH,selepas beberapa kali mencuba, payudara kurang membengkak & saluran susu akan terbuka serta mengeluarkan cecair putih yg jernih. Ini menunjukkan susu ibu telah tersedia untuk si comel. Selamat mencuba.

Lebatkan rambut bayi
. Bagi melebatkan rambut bayi, kemujaraban susu ibu dan daun cekur manis sememangnya sudah terbukti. Selepas rambut bayi dicukur, ambil empat atau lima helai daun cekur manis & ditumbuk sehingga halus. Kemudian gaulkannya bersama sesudu perahan susu ibu. Lumurkan di atas kepala bayi sehingga kering.Selepas itu,barulah dicuci bahagian itu.Amalkan petua ini selama 3 hari berturut2.Insya-ALLAH rambut bayi akan cepat tumbuh,lebat dan hitam.

Sembuhkan Sakit Mata
. Caranya mudah sahaja, Titiskan satu hingga dua titik susu badan ke dalam mata yang sakit.Amalkan kaedah ini dua hingga tiga kali sehari.Insya-ALLAH mata yg sakit akan sembuh dengan sendirinya tanpa perlu belanjakan wang ke klinik.

Redakan Selesema
. Bagi mengatasi masalah bayi selesema, ambil sedikit kunyit hidup dan dibakar sehingga menjadi kering.Setelah itu,sapu sedikit di ats ubun bayi anda dan juga batang hidungnya.Ulangi petua ini sekerap mungkin.Insya-ALLAH,selesema bayi akan reda dan kering.

SUSU bertambah
- Selain makanan,minuman,supplement untuk tambah susu,ada jg petua yang mudah diamalkan dan menjimatkan iaitu: daun sirih & minyak masak. Ambil minyak masak dan disapu rata pada bahagian atas sirih.kemudian, layurkan diatas api.Apabila sudah sejuk dilayur tampalkan pada payudara anda.Insya-ALLAH sekiranya kerap diamalkan anda akan dapat melihat hasilnya. Selamat mencuba.

INFO
. Pengambilan ubatan homeopati semasa hamil juga membantu mengurangkan kesakitan otot dan mengelakkan daripada kekejangan.
. Homeopati terdapat dalam produk SALINDAH.Produk yg HALAL & Diluluskan. Bagi yg masih tercari2 produk utk sebelum & selepas bersalin segeralah dapatkan SALINDAH sebagai pilihan.

Tips dan Cara Menjaga Luka Cesarean

Tips dan Cara Menjaga Luka Cesarean

Bagi mereka yang bersalin cesarean, bahagian yang perlu dijaga ialah dibahagian luka kerana jika luka tidak sentiasa kering, kemungkinan untuk terkena jangkitan dan bernanah adalah tinggi. Proses penyembuhan juga akan mengalami kelewatan apabila luka terkena jangkitan.

Menjaga luka cesarean sebenarnya tidaklah susah. Cuma yang penting adalah disiplin didalam melakukanya disepanjang tempoh berpantang :

1. Setiap kali selepas mandi, keringkan bahagian luka pembedahan dengan pengering rambut (hair dryer). Ini penting agar luka sentiasa kering dan tidak terkena jangkitan kuman dan bernanah.

2. Cara yang paling efektif bagi mengeringkan luka cesarean ialah dengan MENGGUNAKAN PENGERING RAMBUT. Sekiranya anda menggunakan kipas angin, ia boleh menyebabkan luka bernanah dan terkena jangkitan kerana luka tidak betul-betul kering. Ditambah pula jika kipas angin tu penuh dengan habuk.

3. Di ikuti dengan menyapu ubat luka ke tempat pembedahan setiap kali sebelum memakai bengkung sebagai pencegahan supaya luka tidak bernanah. Dinasihatkan ubat luka disapu selama 30 hari atau sehingga cukup 44 hari berpantang. Ubat luka ini selain dibekalkan oleh hospital, anda juga boleh dapatkannya di farmasi.

4. TISU GULUNG digunakan untuk melapik bengkung sewaktu didalam tempoh berpantang selepas bersalin. Tujuannya bukan sahaja untuk mengelakkan bengkung dari kotor tetapi juga sebagai penyerap peluh terutama dibahagian pembedahan. Ini adalah salah satu dari cara tambahan untuk memastikan bengkung sentiasa bersih dan kering. Menggunakan tisu sebagai pelapik bengkung juga amat praktikal dibandingkan dengan menggunakan kain kerana ia boleh diganti dengan tisu baru yang bersih setiap kali selepas mandi dan hendak memakai bengkung semula.

5. Elakkan dari menyapu gel gamat di tempat luka. Jika anda ingin juga menyapu gel gamat, tunggulah sehingga luka sudah benar-benar kering atau 3 minggu selepas pembedahan. Jika andal menyapu gel gamat ini terlalu awal, ia boleh menyebabkan jangkitan dan melambatkan proses penyembuhan.

# Walaupun luka sudah sembuh dan kuat, sesekali anda akan terasa ngilu dibahagian parut luka terutama apabila melakukan kerja yang memerlukan anda mengangkat barang yang berat.

Bersalin Cesarean

Bilakah boleh mandi selepas bersalin cesarean

Mandi selepas bersalin cesarean ada dua cara - bergantung kepada bagaimana luka anda dijahit.

1. Kalau luka anda dijahit dibahagian luar (cara nak tahu… kat bahagian tepi kiri dan kanan diletakkan pin macam butang, dan anda diminta untuk datang ke hospital seminggu selepas pembedahan untuk membuka butang) - maka anda hanya boleh mandi selepas butang dibuka.

2. Kalau luka anda ditutup dengan gam, biasanya selepas keluar dari hospital dah boleh mandi.

Tak kiralah cara jahitan jenis 1 atau 2, sebaiknya sebelum anda discharge dari hospital tanyalah doktor bilakah anda boleh mula mandi untuk kepastian. Juga, pastikan luka cesarean dikeringkan dengan pengering rambut setiap kali selepas mandi.

Selain dari itu ingin saya berkongsi dengan anda kenapa mandi selepas bersalin itu juga penting :

1. Untuk bersihkan badan. Selepas bersalin banyak daki keluar dari kulit. Bagi yang ada pengalaman bersalin sebelum ni pasti tahu… memang berdaki lah badan tu
2. Untuk segarkan badan - ya… kalau tak mandi, he…he… berbau busuk lah nanti
3. Mandi juga dapat membantu agar anda pulih dengan lebih cepat. Sebab selepas mandi terasa lebih segar, bila rasa segar minda rasa lapang. Hatipun lebih gembira.

Bolehkah bertungku dan berurut selepas bersalin cesarean - part 1



Bertungku sewaktu didalam pantang selepas bersalin

Amalan bertungku sebenarnya penting bagi ibu selepas bersalin, termasuk lah mereka yang bersalin cesarean. Tujuannya untuk menghangatkan badan, membuang angin, mengecutkan urat yang telah kembang sewaktu tempoh hamil dan bersalin, serta membantu melancarkan perjalanan darah darah nifas.

Waktu bertungku biasanya boleh dilakukan pada bila-bila masa, tidak kiralah waktu pagi, petang atau malam. Sebaiknya dilakukan setiap kali selepas mandi dan sekerap yang boleh sepanjang tempoh berpantang. Mulakan bertungku sebaik saja anda kembali kerumah dari hospital dan dilakukan setiap hari sehingga habis tempoh 44 hari pantang bersalin.

Cara-cara bertungku :

• Boleh dilakukan sambil berbaring atau sambil duduk. Mana-mana yang sempatlah. Almaklumlah, bagi mereka yang sudah bersalin beberapa kali dan perlu berpantang seorang diri pasti tahu bagaimana sukarnya menguruskan diri, anak-anak dan baby.
• Bahagian yang perlu ditungku - bahagian bawah payu dara dan perut, bahagian pinggul, paha, punggung, bahagian ari-ari, tapak kaki dan tumit. Kawasan yang perlu dielakkan ialah dibahagian luka pembedahan / cesarean. Jadi, anda tidak perlu bertungku di bahagian ini ye.
• Bagi yang menggunakan batu sungai, anda boleh panaskan beberapa biji batu setiap kali ingin bertungku. Balut batu dengan kertas surat khabar dan kain yang tebal, dan letak tungku di bahagian yang saya sebutkan diatas. Sebaiknya diletakkan di beberapa bahagian badan serentak. Tapi hati-hati sewaktu bertungku ye.. sebab kalau batu terlebih panas, nanti terbakar pula tilam dan cadar anda.
• Bagi yang menggunakan tungku dari besi dan tungku moden, anda boleh meletakkan tungku secara bergilir-gilir dikawasan yang saya sebutkan diatas. Bagi tungku moden pula, anda boleh juga meletakkan beberapa helai daun pandan, daun lengkuas, daun mengkudu, daun sirih atau mana-mana daun herba didalam beg tungku moden sebagai aromatherapi. Daun yang diletakkan akan mengeluarkan bau yang harum apabila terkena panas tungku.

Bolehkah bertungku dan berurut selepas bersalin cesarean - part 2

Tips bertungku dan mengurut terutama selepas bersalin cesarean :-

Rawatan mengurut selepas bersalin :



Seperti mana bertungku, mendapatkan rawatan mengurut juga penting walaupun selepas bersalin cesarean. Bagi rawatan mengurut, seelok-eloknya dapatkan rawatan dari bidan dan mereka yang berpengalaman dalam memberikan rawatan mengurut selepas bersalin. Almaklumlah, sekarang ni ada berbagai jenis tukang urut. Ada yang pandai urut untuk orang terseliuh kaki, urutan refleksologi, urut di spa dan dan dirumah urut.

Bagi mereka yang bersalin cesarean selalunya dirawat dihospital selama 3 ke 4 hari sebelum dibenarkan pulang kerumah kecuali bagi kes-kes tertentu yang memerlukan rawatan lanjut dari doktor. Sebaiknya anda mula mendapatkan rawatan mengurut pada hari ke 2 selepas kembali kerumah. Tujuan urut selepas bersalin ialah :

• untuk mengembalikan kesegaran badan
• membuang angin
• membetulkan urat yang tegang (part yang ni urut memang penting sebab selepas bersalin cesarean, urat-urat menjadi tegang kesan dari ubat bius yang diberikan sewaktu pembedahan)
• melancarkan perjalanan darah dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas

Jika anda tidak mendapatkan rawatan mengurut dengan segera, pasti badan akan sakit-sakit dan terasa berat serta susah untuk memusingkan badan sewaktu berbaring dan untuk bangun dari katil.



Seelok-eloknya, rawatan mengurut dilakukan diwaktu pagi sebelum mandi, dilakukan selama 3 ke 5 hari berturut-turut. Urutan bagi ibu bersalin sebenarnya adalah urutan yang lembut. Bahagian yang diurut pula adalah diseluruh badan, kaki, tangan dan kepala KECUALI bahagian perut bagi yang bersalin cesarean. Sememangnya perut tidak boleh diurut selepas bersalin cesarean bagi mengelak sebarang masalah kepada luka jahitan.

Biasanya urutan dilakukan dengan menggunakan minyak. Bagi sesetengah bidan, mereka membawa kelengkapan mengurut termasuk minyak dan bahan-bahan lain bersama mereka. Tetapi ada juga yang meminta agar anda menyediakan bahan-bahan untuk mereka. Jadi sebaiknya anda tanya bidan / tukang urut terlebih dahulu sebelum mereka datang agar segalanya berjalan lancar.

Monday, May 3, 2010

Permulaan Program Penyusuan



PERMULAAN PROGRAM

Untuk memulakan permulaan perjalanan penyusuan ini, ibu2 digalakkan mengambil cuti (bagi yang bekerja) sekurang-kurangnya 2 minggu dan seelok-eloknya 2 bulan. Kita bermula dgn kosong, dan juga kita tak tahu bila susu si ibu akan keluar. Jadi, ibu digalakkan berada bersama anak 24 jam sepanjang masa, selama 2 minggu atau 2 bulan.

Disini saya galakkan papa bercuti sama utk sama2 membantu isteri yang baru pertama kali mengurus hal si anak kecil. Ini adalah pengorbanan terbesar utk pastikan matlamat ini tercapai. Ibu digalakkan beri tumpuan sepenuhnya pada baby. Kalau boleh, selama 2 minggu tak usah kemana2, atau menerima tetamu hanya pd waktu malam. Kerana penumpuan masa ini sgtlah penting utk memastikan ransangan antara bayi-ibu.

Hari pertama baby di tangan ibu, anda tentunya sudah mula mengambil pil hormon (PERLU diingatkan pil hormon adalah prescribe by the doctor- i wont reveal it here to avoid any problem in future). yang pastinya, pil hormon ini adakalanya menyebabkan ibu mengantuk, lesu dan pelbagai kesan lain. Terdapat juga suntikan utk mematangkan buah dada lebih cepat supaya susu akan dikeluarkan lebih cepat. Juga ibu2
harus ingat, susu tidak akan keluar serta merta dgn sekali ransangan. Program ini mengambil masa adakalanya 30 hari, adakalanya 60 hari. Jgn putus berdoa, jgn putus usaha. Pam 3 jam sekali selain beri ransangan pd puting payudara.

SNS adalah satu alat yang digunakan oleh ibu yang ingin menyusui anak angkat mereka, untuk bayi yang mempunysi masalah cleft palate atau sumbing, baby premature atau lahir tak cukup bulan atau relaktasi semula bg ibu yang telah kekurangan susu atau ingin menyusukan bayi mereka semula.

Cara Memasang/Menggunakan SNS :-
1. masukkan tiub pada attachment ring
2. tube + attachment ring. Jgn tarik tiub terlalu kuat kerana tiub adalah sgt halus dan mudah putus.
3. Botol yang berisi susu formula (pada awalnya) di gantung pd leher ibu
4. tiub di lekatkan pada breast ibu dan hujung tiub hingga ke hujung nipple.
5. Hujung tiub dilekatkan hingga hujung nipple ibu. Dont worry, tiub unnoticed by baby kerana tiub tersebut adalah lembut dan halus. Pastikan ia terlebih /extend 5mm dr nipple dan kedudukan adalah vertical dan di atas nipple, bukan di tepi kanan atau kiri nipple.

si ibu akan mengisi susu formula (permulaan) didalam botol tersebut. Bila baby melekap pd aerola/breast ibu, dia juga akan melekap pd tiub halus tu. jadi baby akan hisap susu formula tersebut, pd masa yang sama akan menghisap breast si ibu. jadi disitu proses stimulasi pd breast si ibu akan bermula. Ibu akan dapati terdapat

PERUBAHAN pd breastnya seperti membesar, aerola/tampuk hitam berwarna lebih gelap dan ibu mula merasai “tingling sensation” atau rasa picitan/nyeri. Baby akan menghisap breast ibu setiap feeding time dia (feeding on demand) walaupun pd mulanya meminum susu formula. proses stimulasi ini akan meningkatkan kadar prolaktin utk penghasilan lebih bnyk susu. Ibu juga harus tenang, sentiasa berperasaan sedang menyusukan anak.. utk meransang hormon oksitosin yg akan memancutkan susu keluar.

Susu yang keluar pd awal biasanya berwarna jernih seperti air beras dan putih seperti susu biasa. Walaupun susu awal kolostrum yang berwarna kuning pekat tidak akan keluar, namun saya pasti ia cukup buat anda teruja kerana susu telah keluar dr breast anda! =) Lama kelamaan anda akan dapati payudara anda bengkak dan susu mula dihasilkan! teruskan direct feed baby anda, InsyaAllah usaha anda berbaloi! Namun, cara-cara perlekapan (latch) yg betul mesti dipelajari sejak awal utk mengelakkan bayi anda keliru puting dan menolak puting anda. Percayalah, anda boleh =) If ibu mengalami kesusahan pd awal2nya, itu adalah perkara biasa. Practise makes perfect.


Selain itu, ibu harus mengepam regularly utk meransang breast menghasilkan lebih bnyk susu. Disini konsep supply and demand berlaku. Lebih banyak ibu feed baby, mengepam dan mengosongkan payudara, lebih bnyk susu akan dihasilkan.

* utk maklumat lanjut, sila berjumpa dgn kaunselor laktasi disamping mengatur jadual yang betul. Entry hari ini adalah perkara asas, ada bnyk lg perkara yang harus ibu ambil tahu dan maklum. Anda dinasihatkan berjumpa dgn kaunselor sejurus selepas bayi berada di tgn anda. Namun, anda juga digalakkan mempelajari sejak awal (sebelum dapat baby) utk persediaan mental dan fizikal =). InsyaAllah, saya sedia membantu anda!

Cara Pembelian Produk Salindah



Cara Pembelian secara Bank-in ke Account :-

Nama : Siti Hawa Binti Ab Majid
Account no : 4944427102
Bank : Public Bank

Selepas pembayaran dibuat segera email kepada saya beserta resit sebagai bukti. Saya akan memproses secepat yang mungkin.
email : fatinfiqh09@yahoo.com.my
7 Tips Untuk Menambah dan Maintain Susu Ibu

Sememangnya tidak dapat disangkal lagi, susu ibu adalah yang terbaik untuk diberikan
pada bayi terutama bagi 6 bulan pertama selepas bayi dilahirkan.

Namun begitu, seringkali masalah pengeluaran susu ibu yang makin berkurangan terjadi
terutamanya bagi ibu-ibu yang bekerja sepenuh masa. Jika situasi ini terjadi kepada anda,
pasti anda merasa risau dan tertekan. Apatah lagi jika anda mempunyai target penyusuan
seperti ingin menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya selama 6 bulan, 1 tahun, atau 2 tahun

Berikut adalah antara beberapa tips yang telah saya lakukan bagi memastikan
pengeluaran susu sentiasa maintain dan langkah-langkah pencegahan jika merasakan
pengeluaran susu mula berkurangan :

1. Beli pam susu yang berkualiti
Jika ini adalah kandungan pertama anda, sebaiknya persediaan dilakukan dari
awal dan tidak hanya tertumpu kepada kelengkapan bayi sahaja. Tetapi anda juga
sepatutnya mula mendapatkan informasi bagi memastikan anda membeli pam
susu yang baik dan berkualiti. Dari segi kewangan pula, asingkan sedikit bajet
anda setiap bulan (anda boleh mulai seawal kandungan anda berusia 2 bulan –
contohnya RM200 sebulan) untuk digunakan bagi membeli pam susu kerana
kebanyakan pam yang bagus dari segi kualitinya berharga agak mahal. Antaranya
ialah Medela double electric dan Spectra.

2. Pam atau perah susu dari awal
Jika anda baca dikebanyakan artikel berkaitan penyusuan, ramai yang
mencadangkan agar anda mula pam susu 2 minggu sebelum kembali bekerja.
Tetapi bagi saya, sebaiknya anda mulakan dari seawal minggu pertama selepas
bersalin. Pada awalnya, sememangnya susu anda tiada kerana pada waktu itu
badan mengeluarkan kolostrum. Jangan give up walaupun tiada susu. Cuba picit
puting susu anda. Jika ada cecair putih yang keluar, itu bermakna sememangnya
badan anda mengeluarkan susu kerana cecair putih itu adalah kolostrum. Apabila
bayi lapar, susukan bayi seperti biasa dan selepas itu tambah masa penyusuan
dengan cara mengepam susu selama 10 ke 15 minit. Dengan cara ini badan akan menerima isyarat untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Selain dari itu, ini juga
akan membantu badan anda menyesuaikan diri dengan pam susu anda.

Kebiasaanya susu akan mula banyak pada hari ke 7 hingga hari ke 10 selepas
bersalin. Jika anda mula mengalami bengkak susu, sebaiknya anda mula pam susu
anda dan simpan sebagai stok. Letakkan target contohnya stok anda setiap hari
ialah 4 aun. Dengan cara menyimpan stok susu dari awal, ini akan mengurangkan
stress anda dikemudian hari. Susu yang telah dipam juga boleh dimasukkan
kedalam botol dan diberikan kepada bayi anda sebagai latihan agar bayi boleh
minum dari botol apabila anda telah kembali bekerja.

Oh ya, dari segi peti ais pula, sebaiknya susu disimpan didalam peti ais yang
mempunyai 2 pintu. Jadi stok susu anda akan tahan lebih lama iaitu selama 3 ke 4
bulan berbanding peti ais satu pintu kerana stok susu anda hanya boleh disimpan
dan tahan selama 2 minggu sahaja.

3. Minum air yang banyak
Masalah penyusuan biasanya terjadi kepada mereka yang mengamalkan pantang
yang ketat termasuk tidak boleh minum air yang banyak sewaktu didalam pantang
bersalin. Sebaiknya minumlah air suam swaktu didalam pantang kerana anda pasti
kana berasa dahaga setiap kali menyusukan bayi. Air masak atau air suam
sebaiknya diletakkan ditepi katil atau dibilik tidur anda atau ditempat yang mudah
untuk anda ambil pada bila-bila masa.
Selain dari itu, anda juga digalakkan untuk mengambil minuman seperti milo,
horlicks dan susu. Elakkan dari mengambil minuman berkafen seperti kopi dan
Nescafe dan minuman bergas.

4. Makan makanan berkhasiat dan yang boleh menambah susu
Antara makanan yang boleh menambah susu yang boleh ambil didalam tempoh
berpantang ialah :
- Kurma
- Kismis
- Sawi
- Habbatus sauda
- Ulam-ulaman sepeti pegaga
- Sup – sup ayam (buang kulitnya – ambil dan masak isi sahaja) dan sup
ikan. Tambahkan biji halba didalam sup anda

- Nasi yang anda masak juga boleh ditambah biji halba. Halba diketahui
boleh membantu menambah susu ibu
- Susu dan yogurt – Jika susu disimpan didalam peti ais, hilangkan dulu
sejuknya dengan cara merendam cawan yang telah diidi dengan susu
didalam air panas sebelum diminum
- Quacker oat dan nestum

Bagi yang telah habis tempoh berpantang, selain dari mengambil makanan diatas
anda juga boleh mengambil makanan / minuman berikut bagi membantu
menambah susu ibu :
o air longan (panas atau sejuk)
o air barli
o Nasi dagang
o Bayam
o Kangkung
o Sup tulang, sup ayam, sup daging dan sup ikan
o Buah-buahan

Tips tambahan :
Ambil satu sudu kecil halba, rebus dalam sedikit air. Kemudian air rebusan
dicampurkan kedalam milo dan diminum. Dengan cara ini anda tidak akan
merasa pahit halba dan pada waktu yang sama mengambil minuman tambahan
yang membantu menambah susu anda.

Milkmaid tea and pil ASI juga dikatakan boleh membantu menambah susu
ibu. Selain dari itu, jika bayi anda sudah berumur 2 bulan keatas, anda boleh
mencuba minum air rebusan halia bara kerana ia juga membantu menambah
susu ibu.

Bawalah botol air kemana saja anda pergi bila keluar dari rumah. Bila terasa
dahaga saja, minum air. Selain dari bagus untuk kesihatan ia juga bagus untuk
menjaga pengeluaran susu ibu.

5. Ambil Supplement tambahan
Sebaiknya ambillah vitamin tambahan seperti B kompleks, vit C, fish oil, dan
calcium magnesium. Selain dari membantu anda mengeluarkan susu yang
berkualiti ia juga dapat membantu anda agar tidak kekurangan zat kerana ia telah
diserap dari badan anda dan disalurkan kepada susu badan anda. Vitamin B kompleks pula membantu mengekalkan tenaga anda.

6. Pam susu pada waktu yang ditetapkan
Bagi ibu yang telah kembali bekerja, sebaiknya anda tetapkan jadual pam susu
anda. Biasanya masa untuk pam susu ialah 2 ke 3 kali sehari. Jika anda tetapkan
jam 10 pagi dan 2 petang, pastikan anda pam susu pada waktu ini dan jika lewat,
pastikan dalam 30 minit sahaja. Ini untuk memudahkan anda mengekalkan let
down. Jika anda skip, pasti badan anda menjadi keliru dan sukar untuk memberi
isyarat untuk masa mengeluarkan susu.

7. Simpan stok yang banyak sebagai back up
Jika stok susu anda banyak, pasti anda kurang merasa stress jika pengeluaran susu
anda kurang pada hari itu kerana anda ada stok susu dirumah yang boleh
dijadikan back up. Back up dan stok susu sememangnya amat penting bagi ibuibu
yang menyusukan bayi sepenuhnya kerana ia dikira sebagai penyelamat
sehingga pengeluaran susu anda kembali mencapai target anda seiring dengan
jumlah susu yang diminum oleh bayi sewaktu anda keluar bekerja.

Tips Tambahan

Jika anda merasakan susu mula kurang :

1. Tambah masa pam susu sewaktu bekerja. Jika sebelum ini anda pam 2 kali
sehari, tambahkan kepada 4 kali. Contohnya pam setiap 2 jam sekali.
2. Apabila dirumah dan dihujung minggu, pam susu selama 15 ke 20 minit setiap
kali selepas menyusukan bayi. Dengan ini badan anda akan menerima isyarat
lebih banyak susu perlu dikeluarkan.
3. Jika perlu, ambil cuti selama 2 ke 3 hari. Gunakan masa cuti ini untuk
menyusukan bayi sepenuhnya dan pam susu setiap kali selepas menyusukan
bayi
4. Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya
5. Tenagkan diri dan jangan stress. Jika anda stress, lagi mudah untuk
pengeluaran susu terjejas.

Fenugreek

Fenugreek, An Herb To Increase Milk Supply

Mothers who wish to build their milk supplies may consider using
Fenugreek. Fenugreek is an herb that has long been used by healers
as medicine, and as a galactogogue (to boost milk supply). Historically,
fenugreek is an herb, trigonella foenum-graecum L, and is grown in
various countries around the world including Argentina, France, India,
and North Africa, and in the Mediterranean countries. The dried ripe
seed of the plant is used, with one active ingredient being diosgenin.
Fenugreek is used as a ground seed (high in fiber) in capsule form, or
in tea, to increase milk production. The tea is weaker than the capsule
form.

The dose is 2-3 capsules (580-610 mg each), taken by mouth 3
times/day. Taking a lesser dose may not increase supply. Results are
often noticed in 1-3 days, although some mothers report no improvement.
A bottle of 100 capsules can cost between $6-8 US, and it is
available in health food stores and natural food stores. There is no reliable
clinical research that supports the use of this herb, although many
practitioners do use it with breastfeeding mothers with good success.
Fenugreek is used in artificial maple flavorings, and also has a food
product. If used to build milk supply, Fenugreek can generally be discontinued
after milk supply is increased, as long as a mother can regularly
breastfeed or pump.

The use of Fenugreek may cause a maple-syrup odor in a mother or baby’s sweat. It can have effects such as lowering blood
sugar, and may cause allergy in some sensitive people with a history of asthma. Diabetic or asthmatic or allergic mothers
should consult health care providers before using Fenugreek. Use of this herb may cause diarrhea. The FDA generally regards
fenugreek as safe, but should not be used by pregnant mothers.

Tips:

Use brand name herbal preparations with expiration dates and capsule strength printed on
the label.
Consult your doctor and lactation consultant (BNN) if you have milk supply issues. Herbs will
not solve all milk supply problems.
Check with your doctor before taking any herbal remedy, especially if you have other health
concerns.
Consult your doctor if you notice side effects of herbal remedies.
Check the label, making sure that no other substances are combined with the chosen herb.
Watch for diarrhea, aggravation in asthmatic or diabetic conditions.
Do not exceed recommended dose, as serious side effects may occur.

References:
1.Review of Natural Products. Facts and Comparisons, St. Louis, Mo. 1996
2. Sauvaire Y. Baccou JC. Extraction of diosgenin, (25R)-spirost-5-ene-3beta-ol; problems of
the hydrolysis of the saponins. Lloydia 41:247, 1978
3. Valette G, et al. Hypocholesterolaemic effect of fenugreek seeds in dogs. Atherosclerosis
50(1):105, 1984.
4. Ribes G. et.al.Effects of fenugreek seeds on endocrine pancreatic secretions in dogs. Ann
Nutr Metab 28(1):37, 1984
5. Dugue P, Bel J, Figueredo M. Fenugreek causing a new type of occupational asthma.
Presse Medicale 22(19):922, 1993."
6. Huggins, K. Fenugreek: One Remedy for Low Milk Production
7. Lawrence, RA, Lawrence RM, Breastfeeding: A Guide for the Medical Profession,
2000.376.
8. Hale, T. Medications and Mothers’ Milk. 2000. 260-261

Petua-Petua Menambahkan ASI

* Petua-Petua Menambahkan ASI (Air susu ibu)*

Pemakanan
Lobak Putih - Rasanye agak pelik. Ada yang buat sup dan jus. Mana yang boleh terima tekaklah. masak sup, + telur + soohoon pun boleh, lagi sedap
Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.
Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu
Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi
Petola, bayam, daun turi - masak lemak manis
Ikan - segala jenis ikan - pernah makan ikan masak asam, wah bengkak giler breast pas mkn tu.
Kacang buncis
Kentang
Daging
Sayur Petola
Ulaman
Roti (segala jenis roti especially roti planta)
Cheese
Sup papaya
Buah Kurma
Kobis - masak air
Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure tau
Sayur Bendi - Buat ulam cicah sambal atau masak
Biskut bijirin - ape2 saje biskut yg ade cereal, cth dr brand IKO, Jacob etc.

Minuman
Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.
Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.
Halba - rendam dan minum airnya (campur dlm fresh milk, minum waktu pagi). Bole juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari.
Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
Amalkan minum milo/nestum/horlicks
Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
Soya - minum secawan sehari.
Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.
NESVITA (campur oat)
Rebusan bunga kobis
air kelapa
Jus pegaga
air sengkuang cina
spirulina

daun betik -rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari

Lobak putih -parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih+lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.

Air Sengkuang Cina - Boleh beli yg dalm tin brand season F&N or buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.

Supplement (Bole dapatkan di Sayang Baby Ibu)



1.Milkmaid Tea - ramai ibu2 yg beri respon +ve bile minum tea nih.



2.GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati di farmasi GNC.



3.Jamu Pil ASI
JOY ANGEL NURSING TEA - +ve effect dan kesan dpt dilihat dlm masa singkat, tapi rasenye kureng sedap, bau mcm rempah

4.Autumnz ORGANIC Nursing Tea
5.Sacred Tea for Nursing Moms
6.ML - More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz)
7.ML - More Milk Plus Vegetarian Capsules
8.ML - Goat's Rue Vegetarian Capsules
9.Melilea Greenfield Organic
10.Melilea Organic Soya Drink
11.Mildura Organic soybean powder
12.Bio-Protein
13.Certified Organic Spirulina
14.Bidadari DCL
15.Minyak Habatussauda DCl
16.Makan ubat homeopati - alafafa, china off, calc flour
17.omega 3
18.obimim
19.kalsium
20.vitamin c
21.Jamu nona roguy...phytonatal

Urutan
1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF

Pil hormone prolactin (* recommended)
1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression)
p/s-pil2 ini bole didapati difarmasi, tapi dptkan nasihat doktor/pharmacist sebelum ambil ubat2 ini


Cara-cara Lain
1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) Bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi
4) Pucuk betik - Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
5) Kobis bulat - Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast. Atau lenyek2 pastu tampal kat breast. Bole kurangkan bengkak susu masa dlm pantang.

Psikologi
1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa susu semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu, jangan cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu kembali normal.
2) Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak.
3) Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.
4) Demand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, baby tidur, perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory, more demand, more supply


Masa pengepaman
1)cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2)mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru
4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat keringjgn minum teh/nescafe taou.....mkn supplement jgn tinggal Ubat

Beberapa cara mengepam yang berkesan:
a) Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama.
b) Di antara pam elektrik dan manual, aku lebih suka elektrik kerana ia lebih efektif dan setengahnya berstimulasi seperti bayi menghisap. Pam disyorkan Spectra3.
c) Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Ketika baby menyusu, pasti payudara sebelah lagi menitik-nitik.Jangan bazirkannya, pam la sambil menyusukan anak.

Tip memperbanyakkan susu:

Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan melimpah ruah. Dan kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon tetek untuk membanyakkan air susu. Selain itu, beri rangsangan pada nipple dengan menggentel2 nipple.

WAJIB DI TINGGALKAN ----> Minuman Ber "Ais/ Air Bergas"


Tawakal kepada Allah dan berharap susu keluar dan cukup untuk baby.

Tips Ransangan Susu

TIPS RANSANGAN SUSU

PENGEPAMAN: menggunakan pam elektrik setiap 3 jam selama 20 minit setiap kali. Bahagikan setiap sesi kepada 6-7 minit pusingan dengan pengepaman rendah, sederhana dan kemudian tinggi.

UBAT: Ubat yang dipanggil “domperidone maleate” yang ditentukan oleh pakar kesuburan pada 30mg/hari. Pakar laktasi pula menaikkan dos kepada 80mg/hari. Ubat ini adalah dalam bentuk pil 10mg.

TEH HERBA: Komfrei, rasberi, jelatang, klover merah, daun alfalfa dan adas. Saya masih lagi mengambil 6 cawan teh setiap hari, setiap jenis herba, ditambah dengan satu uncang teh fenugreek.

KAPSUL HERBA: Kapsul Blessed Thistle dan Fenugreek. Fenugreek, seperti juga domperidone, mudah dihadam dan ia juga menambah penghasilan susu.

RAWATAN HARIAN: Mengambil pil/herba berikut empat kali sehari dengan secawan teh dan kemudian secawan lagi teh pada masa di antaranya (jumlah teh 6-7/hari)

Rawatan pil 4 x sehari pada pukul 7:30 pagi /11:30 pagi / 3:00 petang / 7:30 petang

1) 2 x Domperidone - (jumlah 20 mg)
2) 2 x Kapsul Fenugreek - (jumlah 1410 mg)
3) 2 x Blessed Thistle - (jumlah 870 mg)
4) 1 cawan teh dengan 2 uncang, Fenugreek campur salah satu daripada 6 herba di atas
5) dan secawan teh lagi seperti di atas selang di antara pil
6) Sering mengepam menggunakan tangan semasa menyusukan (terutamanya dalam masa 6 minggu yang pertama).

Kelebihan Produk SALINDAH







KELEBIHAN

Produk & Kegunaan-kegunaannya

B 1 - Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu.

B 2 - Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambah darah serta selera makan. B2 juga dapat menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.

B 3 - Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.

B 4 - Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan. B4 juga akan memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.

B 5 - Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.

B 6 - Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.

L 7 - Bagus untuk menyembuhkan luka, jahitan serta pusat bayi di samping mencegah jangkitan kuman dan penanahan.

L 8 - Membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.

L 9 - Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tubuh.

L 10 - Mempercepatkan kecut semula rahim. Mengangkat kembali rahim ke kedudukan asal dan mengurangkan simpul urat biru.

L 11 - Tonik istimewa bagi memanaskan tubuh, menambah selera, membaiki penghadaman dan melancarkan pembuangan najis. Mengenakkan tidur, menghilangkan kebas-kebas serta menyegarkan rahim dan alat peranakan

L 12 - Berfungsi untuk menjaga kesihatan ibu bersalin agar sentiasa sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat pengkelamian dan menimbulkan kesegaran.

Set Sebelum



Set Selepas

Penjagaan Selepas Bersalin

Pemulihan Ibu Selepas Bersalin:.

Terdapat 2 kaedah bersalin

1.Normal
2.Pembedahan Cesarean

Pemulihan Ibu Selepas Bersalin Normal

1.Luka episiotomy atau koyakan selepas bersalin. Biasanya luka ini dijahit dengan benang jenis "catgut" iaitu sejenis benang yang dibuat daripada protein dan akan hancur serta lesap dengan sendirinya selepas 10 hingga 12 hari. Luka ini perlu dicuci setiap hari dengan menggunakan Remedi cecair L7 (L7 Salindah) iaitu rumusan khas Dr Azizan khusus untuk merawat luka atau jahitan dengan cepat. Malah ia juga dapat menghilangkan rasa sakit pada luka jahitan dan mencegah jangkitan kuman dan berlaku penanahan. L7 ini juga dapat digunakan untuk menyuci pusat bayi.

2.Ibu yang baru bersalin, selepas 8 jam adalah digalakkan terus mengambil Remedi L8 bagi membantu menyembuh rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan dan sakit kepala.

3.Mulai hari kedua selepas bersalin, ibu akan merasa bisa-bisa dan sengal badan. Dengan ini Remedi L9 adalah rumusan istimewa untuk membantu ibu menghilangkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat dan menguatkan seluruh anggota badan.

4.Rahim akan mengecut selepas 6 hari bersalin. Bagi membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim ini ibu digalakkan mengambil Remedi L10 (mulai hari keenam) untuk membantu mengecutkan serta mengangkat rahim kembali kepada kedudukan asal. Malah remedi ini juga turut membantu mengurangkan simpulan urat biru. Sekiranya rahim tidak mengecut dan pendarahan berterusan, kemungkinan terdapat cebisan uri yang masih tertinggal di dalam rahim. Jadi ibu perlu mendapatkan rawatan dengan segera.

5.Ibu selepas bersalin juga memerlukan Remedi Tonik L11 (mulai hari ketujuh) dan Remedi L12 (mulai hari ke 21) bagi membantu menjaga kesihatan ibu agar senantiasa sihat dan bertenaga. Di samping memulihkan dalaman secara keseluruhan dan memberikan kekuatan kepada ibu.

6.Penjagaan buah dada adalah penting. Ini bagi memastikan kelancaran susu dan kebersihan buah dada sentiasa terjaga. Sekiranya buah dada terasa sakit dan kemerahan perlu perhatian doktor. Namun bagi membantu ibu yang pertama kali bersalin dan mendapati terdapat masalah kurang susu ibu atau puting tersumbat dapatkan RTC bagi membantu menambah kandungan susu ibu.

7.Ibu dinasihatkan agar displin mengambil set Salindah lepas bersalin sehingga habis agar ianya dapat memberikan kesan yang maksima. Malah ibu ibu juga digalakkan untuk menjalani rawatan tradisional yang lain seperti mengurut, bertangas, benkong dan bertungku bagi mempercepatkan lagi proses pemulihan ibu selepas bersalin.

8.Sesetengah ibu yang baru lepas bersalin amat bimbang dengan masalah kesukaran untuk membuang air besar. Di sini dicadangkan agar ibu ibu mengambil BioFiber berupa minuman kesihatan. Ia baik untuk membetulkan fungsi penghadaman bagi proses metabolisme tubuh. BioFiber ini mengandungi fruktran yang merupakan serat buah-buahan yang mudh larut dalam air. Di dalam perut BioFiber secara khusus membentuk cecair likat dan pekat seperti gam bagi membantu memudahkan proses membuang air besar.

Pemulihan Ibu Selepas Bersalin Melalui Pembedahan Cesarean

Bagi ibu yang telah menjalani pembedahan cesarean adalah digalakkan mengambil produk salindah selepas habis ubat penahan sakit yang diberikan oleh pihak hospital. Oleh itu ibu tidak lagi perlu mengambil produk L7 untuk luka sekiranya pihak hospital telah sediakannya. Namun L7 ini amat sesuai untuk digunakan untuk menyuci pusat bayi atau mana-mana luka dari dijangkiti kuman serta mempercepatkan proses pemulihan pada luka tersebut.

Jadi ibu seterusnya boleh mengambil Remedi L8-L12 mengikut panduan memakan yang telah ditetapkan. (Sila rujuk faedah dan kebaikan penggunaan Salindah di sini).

Penjagaan Bayi Selepas Bersalin

Bayi yang baru lepas bersalin mudah dijangkiti penyakit. Jadi rawatan terbaik untuk bayi adalah seperti berikut:

1.Penyakit Kuning - ambil RTD
2.Kembung Perut - sapu ubat Minyak Bidara
3.Batuk - minum Asmakur
4.Selsema - ambil B1

Persediaan Semasa Mengandung

Persediaan Semasa Mengandung :-

Pentingnya Pemeriksaan Darah Semasa Hamil
(Dapat memberikan gambaran sebenar tentang status kesihatan ibu)

Terdapat 5 perkara utama mengapa penting ibu hamil perlu membuat pemeriksaan darah.

1.Mengesan penyakit tersembunyi
2.Mengesan carrier-status (pembawa penyakit)
3.Mengetahui jenis darah (blood group)
4.Mengesan masalah melibatkan sel darah contoh thalasemia dan leukemia
5.Mengesan antigen dan antibodi ibu

Mengesan Penyakit Tersembuyi:

Hepatitis B

Hepatitis adalah penyakit keradangan hati. Penyakit ini menyebabkan kerosakan hati atau kanser hati. Ia boleh dijangkiti secara tiba-tiba atau secara perlahan-lahan. Tanda-tanda jangkitan Hepatitis B yang berlaku secara tiba-tiba anda akan terus:

* Deman selsema, keletihan, lemah anggota badan, sakit sendi atau otot serta sakit kepala
* Sakit pada bahagian atas abdomen kanan
* Mual, muntah-muntah dan cirit birit
* Kekuningan pada kulit atau mata
* Bengkak pada bahagian abdomen
* Warna najis yang pucat dan warna air kencing yang gelap

Namun bagi yang terkena jangkitan secara perlahan-lahan, ia jarang menunjukkan sebarang simpton.

Cara ia merebak:

* Perkongsian jarum suntikan dengan mereka yang dijangkiti virus
* Hubungan seks dengan orang yang dijangkiti
* Menggunakan perkakas makanan atau barang peribadi daripada orang yang dijangkiti virus ini

Hanya terdapat vaksin untuk mencegah.

AIDS (HIV)

AIDS merupakan masalah disebabkan oleh Virus HIV 1 dan 2. Ia merebak melalui darah dan cecair badan (bukan air liur). AIDS ini berjangkit melalui melalui:

1.Hubungan seksual
2.Hubungan homoseksual
3.Berkongsi jarum suntikan
4.Pemindahan darah atau plasma

Gejala AIDS:

1.Berat badan menurun
2.Kelenjar-kelenjar pada badan membengkak
3.Mudah batuk, selsema dan jangkitan paru-paru

Rawatan:

Oleh kerana AIDS ini menyerang sistem imuniti tubuh, tiada antibodi boleh melawan virus ini. Setakat ini tiada vaksin atau pelalian ditemui untuk merawat AIDS.

SIFLIS

Penyakit yang mudah berjangkit tetapi boleh dirawat. Ujian mengesan siflis ini dipanggil ujian VDRL. Cara ia merebak:

1.Melalui cecair badan termasuklah darah, air mani dan air liur
2.Melakukan hubungan dengan orang yang dijangkiti virus ini
3.Berkongsi perkakas makanan atau barang peribadi

Tanda-tanda anda dijangkiti adalah seperti demam, badan letih dan lesu. Terdapat kudis pada kemaluan, berair dan pedih dan ada kalanya terasa sangat gatal.

Rawatan:

Ia perlu dirawat dengan segera dengan menggunakan ubat jenis penisilin. Sekiranya seorang ibu hamil tidak menerima rawatan yang sepatutnya boleh menyebabkan bayi dalam kandungan menjadi cacat pada otak dan saraf.

Mengesan Carrier-Status (Pembawa Penyakit)

Terdapat beberapa kes di mana seorang ibu yang membawa virus tetapi pertahanan badannya berjaya menyekat virus daripada menyerangnya. Keadaan ibu yang mempunyai virus tersebut adalah sihat tetapi ia berupaya menyebarkan virus itu kepada orang lain. Jadi ibu tersebut perlu dipantau dan diberikan vaksinansi dan beliau akan diajar cara untuk menghalang penyakit ini daripada berjangkit.

Mengetahui Jenis Darah (Blood Group)

Terdapat 5 jenis darah iaitu A,B, O dan Reshus positif dan negetif. Darah posiitif dan negetif saling bertindak balas dan boleh memusnahkan kandungan. Sekiranya didapati darah ibu dan janin berlainan jenis, jenis darah ibu akan dikenalpasti awal untuk memudahkan pihak hospital menguruskannya sekira perlu dilakukan pemindahan darah.

Mengesan Masalah Yang Melibatkan Sel Darah (Kesan Penyakit Dalam Darah Ibu)

Ini lebih dikenali sebagai mengesan penyakit keturunan. Iaitu ia bergantung kepada genetik sesebuah keluarga. Sebagai contoh Thalasemia atau Sickel-Sel Anemia merupakan penyakit keturunan. Tanda-tanda:

1.Ibu menjadi pucat dan kurang darah biarpun beliau menjaga pemakanannya dengan sempurna
2.Sakit pada bahagian kanan atas perut akibat pembocoran limpa
3.Sering pitam
4.Pendarahan gusi dan lain-lain
5.Ibu sering demam dan tidak sihat

Rawatan:

Pemberian ubat-ubatan yang bersesuaian. Jika perlu terpaksa melakukan pemindahan darah dan harus membuat pemantauan keadaan bayi dalam kandungan dari masa ke semasa.

Mengesan Antigen Dan Antibodi Dalam Darah

Antigen dan Antibodi adalah 2 perkaitan yang bermaksud protein dalam darah yang memberikan perlindungan kepada tubuh.

.: Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung :.

Lawatan Pertama

Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua

Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga

Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:

1.Air kencing
2.Tekanan darah
3.Berat badan
4.Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)
5.Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)

Lawatan Keempat

Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:

1.Air kencing
2.Tekanan darah
3.Berat badan

Lawatan Kelima

Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam

Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh

Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali

Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.

.: Senaman Bagus Untuk Mental :.


Setiap orang tahu senaman boleh melaraskan peredaran darah, membakar lemak dan kalori, serta mengurangkan risiko masalah serangan jantung dan obesiti serta beberapa penyakit lain. Kini beberapa bukti telah menunjukkan bahawa senaman selama 10 minit setiap hari boelh mneingkatkan tahap kesihatan mental, seterusnya membolehkan kita berfikir dengan mudah, rasa gembira dan mengurangkan stress. Kaedah senaman yang dilakukan secara konsisten beserta pengambilan STAMINEX, ENERGEE serta EXAMO-CKM 500 akan dapat membantu anda stress atau tekanan perasaan dengan berkesan.

Meningkatkan Tenaga Otak

Senaman yang konsisten boleh meningkatkan tindakbalas masa (reaction time), konsentrasi, kreativiti dan keupayaan mental. Ini kerana berlakunya peningkatan dalam tubuh untuk mengepam darah menghantar oksigen ke saluran darah dan dihantar dengan cepat ke otak. Pengkaji percaya perubahan tersebut merangsang reaksi fizikal dan mental dengan cepat.

Melambatkan Proses Penuaan

Dengan hanya melakukan aktiviti yang 'simple' seperti berjalan-jalan setiap hari sebagai amalan boleh menghalang tahap penurunan mental dikalangan wanita yang berumur 65 tahun ke atas. Lagi lama dan kerap mereka berjalan, semakin perlahan proses tersebut berlaku. Sesi ini tidak perlu dilakukan secaraintensif kerana ia sudah memadai untuk meningkatkan kesihatan jantung.

Mengurangkan Stress

William P Morgan dari University of Wisconsin mendapati senaman boleh mengurangkan stress dan mengawal perasaan marah. Alasannya mudah sekali, jika terlalu memikirkan masalah akan memberi kesan gangguan pada jantung. Dengan senaman kita akan melupakan masalah-masalah tersebut di samping meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular, menjadikan kita lebih rasional menangani maslaah sekaligus mengurangkan stress. Sebagai contoh melakukan aktiviti seperti berjalan, berbasikal dan berenang boleh mengurangkan tekanan dan aktiviti ini memberi kesan yang serupa seperti kita beryoga.

Secara saintifiknya aktiviti yang dilakukan ini sebenarnya boleh meningkat kimia seperti adrenalin, serotonin, dopamin dan endorphin di dalam otak. Anda akan rasa seronok, tenang dan berkeyakinan. Dipresi juga dapat dikurangkan dengan melakukan aktiviti senaman selama 30 minit 3 kali seminggu.

Selain daripada rasa sihat, kuat dan bertenaga, senaman juga boleh meningkatkan keyakinan (self esteem).

.: Pemakanan :.

Setiap ibu hamil perlu tahu perkaran paling penting sepanjang tempoh kehamilannya ialah tahu menjaga dan mengambil pemakanan kesihatan yang terbaik sepanjang tempoh kehamilannya. Oleh itu digalakkan agar ibu-ibu hamil mengambil produk lengkap Salindah dari awal kehamilan sehinggalah habis pantang.

Sunday, May 2, 2010

Merancang Jantina

Bagaimana merancang jantina?

Berikut adalah tip yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.

Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.

Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih:

Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.

Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:

Merancang anak lelaki

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Simptom Kehamilan

Simptom atau Gejala Kehamilan

1)Keletihan
Keletihan melampau boleh menjadikan ibu-ibu yang mengandung rasa tertekan. Apatah lagi jika ada anak-anak lain yang masih kecil atau terpaksa menguruskan rumah tangga sendiri tanpa bantuan dari suami atau pembantu rumah. Amalkan Staminex untuk memberi tenaga sepanjang hari walaupun dalam keadaan sibuk.

2)Vena Varikos
Urat-urat kaki akan membengkak dan timbul sewaktu hamil. Ini berlaku disebabkan oleh kandungan hormon kehamilan yang meningkat meyebabkan saluran darah membesar dan perjalanan darah menjadi perlahan. Rahim yang membesar juga menekan aliran darah dari bahagian kaki menuju ke jantung menyebabkan perjalanan darah tersekat dan lambat. Ini berlaku pada pada bulan-bulan terakhir kehamilan kerana berdiri terlalu lama dan lebih kerap berlaku di kalangan wanita yang sudah berulang kali hamil. Ceraian Salindah B1 membantu melancarkan aliran darah agar mencegah berlakunya Vena Varikos.

3)Buasir
Pendarahan atau rasa sakit semasa membuang air besar boleh berlaku sewaktu hamil. Ia berlaku disebabkan tekanan kepala bayi pada vena (urat) disekeliling dubur dan menyebabkan ia membengkak. Makanan berserat membantu melawaskan pembuangan najis. Amalkan Bio-Fiber sewaktu mengandung.

4)Pitam
Ini berlaku akibat tekanan darah rendah sewaktu mengandung. Punca utamanya ialah dari sistem peredaran darah ibu hamil. Sewaktu bangun dari tidur jangan terus berdiri, mengiring terlebih dahulu dan bangun perlahan-lahan. Ceraian Salindah B1 membantu menambah darah di kalangan wanita hamil.

5)Morning Sickness
Biasanya berlaku selama tiga bulan. Ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah. Deria bau mereka pada waktu ini juga menjadi lebih kuat. Loya dan muntah boleh menimbulkan beberapa masalah seperti rasa serba tak kena, tidak selesa dan tidak bermaya untuk menjalankan tugas. Anda digalakkan makan makanan yang rendah karbohidrat dan susu. Produk yang disyorkan termasuklah Diafood dan Susu Intelac.

6)Kulit Perut Merenggang
Ia juga dikenali sebagai strect mark yang berlaku kerana kulit menegang dan pecah pembesaran rahim meregangkan tisu di bawah kulit. Kesan ini boleh dikurangkan dengan menyapu minyak zaitun 2-3 kali sehari dari mula kehamilan sehingga bulan terakhir kehamilan.

7)Bisa Hati
Sakit hulu hati akibat timbunan asid gastrik dalam perut. Perjalanan usus lebih lambat ketika hamil dan rahim yang kian membesar menekan perut menyebabkan asid perut bertakung. Bahagian tengah dada juga akan terasa sakit. Masalah ini boleh diatasi dengan meminum lebih susu dan tidak membiarkan perut kosong. Kurangkan makanan pedas atau bergoreng dalam diet.

8)Infeksi Vagina
Perubahan hormon yang disebabkan oleh kehamilan mengubah tingkat keasidan vagina dan meningkatkan produksi karbohidrat (glikogen) yang merupakan makanan bagi organisme jangkitan. Penggunaan douche yang dirumuskan menggunakan bahan-bahan semulajadi digalakkan seperti Femina untuk mengawal jangkitan fungus.

9)Kerap Buang Air Kecil
Kerap berlaku pada trimester ketiga kehamilan kerana rahim menekan pundi kencing. Otot dasar pelvis yang lemah menjadikan air kencing akan keluar secara tidak sengaja jika batuk atau ketawa. Elakkan mengangkat barang berat dan kerap lakukan senaman lantai pelvis.

10)Krem
Kekejangan yang berlaku di kalangan wanita hamil menunjukkan mereka kekurangan bekalan kalsium. Kontraksi otot yang menyakitkan biasanya berlaku pada betis dan kaki. Banyakkan pengambilan kalsium seperti susu, dadih dan keju. Ceraian salindah B3 boleh mencegah berlakunya krem ini.

Masalah-masalah Kehamilan

Masalah-Masalah Kehamilan

1) Kehamilan Luar Rahim
Kehamilan yang berlaku di saluran falopian adalah merbahaya apabila ia mulai pecah dan merebak di dalam perut. Pendarahan yang banyak boleh membawa maut kepada si ibu. Golongan yang berisiko terdedah kepada kehamilan di luar rahim ialah terdiri daripada mereka yang mengandung kerap atau mandul, pernah menjalani pembedahan ke atas organ peranakan, pembedahan apendik atau usus, pernah mengalami jangkitan kuman pada rahim dan pernah atau sedang menggunakan IUD.

2) Kehamilan Anggur
Ia berlaku disebabkan oleh pertumbuhan tisu placenta yang tidak normal dan membentuk seperti sejambak buah anggur. Salah satu simptomnya ialah, saiz perut ibu agak luar biasa dari sepatutnya. Pesakit juga mudah diserang tekanan serta tiroid. Pendarahan berlaku pada akhir trimester yang pertama, dan keluar seperti ketulan anggur. Hormon mengandung hCG juga akan meningkat. Kehamilan anggur perlu dibuang dengan kadar segera untuk mengelakkan pembentukan kanser atau "choricarcinoma"

3) Anemia
Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah. Sel darah merah membawa oksigen kepada ibu dan anak yang dikandung. Anemia menjadikan seseorang itu mudah letih, nafas pendek, pucat, pening-pening dan lemah. Anemia berlaku kerana kekurangan zat besi yang digunakan oleh tubuh untuk membentuk sel-sel darah merah. Wanita mengandung memerlukan dua kali ganda jumlah zat besi untuk pembentukan darah. Adalah susah untuk mendapatkan bekalan zat besi dari makanan atau yang sudah disimpan dalam tubuh, tambahan pula jika ibu mengamalkan diet yang tidak seimbang, mengandung kembar atau kerap hamil. Anemia perlu dirawat dan sekiranya jumlah darah terlalu rendah, pemindahan darah perlu dilakukan. Adakalanya ibu akan disarankan supaya bersalin awal kerana bayi akan mengalami kekurangan oksigen. Ceraian SALINDAH B1, berperanan untuk menambah paras hemoglobin darah dan membekalkan zat besi yang diperlukan oleh ibu dan anak yang dikandung.

4) CMV
Cytomegalovirus (CMV) merupakan sejenis virus dalam herpes virus. Simptom-simptom jangkitan ini termasuklah keletihan, demam dan gatal-gatal. Sekiranya wanita hamil menghidapi penyakit ini, mungkin akan menimbulkan kecatatan mental kongenital pada kandungannya seperti kerosakan otak, kecacatan dan masalah penglihatan atau pendengaran.

5) Eklampsia
Eklampsia timbul bersama-sama simptom pre-eklampsia, termasuklah kebengkakan, tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing. Si ibu juga akan mengalami sakit kepala, berpinar, muntah dan kesakitan bahagian abdomen. Sekiranya berlaku, si ibu perlu bersalin dengan kadar segera yang selalunya melalui pembedahan. Ia juga boleh berlaku beberapa minggu selepas melahirkan anak oleh ibu yang menghidapi pre-eklampsia. Sekiranya tidak dirawat ia boleh mengakibatkan koma.

6) Keguguran
Kematian bayi 20 minggu sebelum tarikh bersalin dianggap sebagai keguguran. 10-25% kehamilan berakhir dengan keguguran. Jumlah ini mungkin lebih tinggi kerana keguguran berlaku sebelum ibu itu sendiri sedar bahawa dia sedang hamil. Lebih 75% keguguran berlaku pada trimester pertama kehamilan. Keguguran pada peringkat awal berlaku kerana bayi tidak dapat membesar seperti yang sepatutnya, faktor genetik serta persekitaran. Penggunaan dadah, alkohol, merokok, diabetes, tekanan darah tinggi dan jangkitan seperti toksoplasmosis, masalah pada placenta, uterus atau serviks juga boleh menyebabkan keguguran. Keguguran juga boleh berlkau kerana faktor usia, sukar untuk mengandung atau pernah berlakunya keguguran sebelum ini. Simptom-simptom keguguran termasuklah pendarahan dan sakit bahagian bawah abdomen. Sekiranya berserta dengan air mentuban, keguguran boleh berlaku dalam 24 jam.

7) Uri Lekang
Ia berlaku sama ada lekang sebahagian atau lekang kesemuanya sekali dari uterus. Kes ini berlaku satu bagi setiap 100 kehamilan. Ia merupakan kes yang serius kerana janin bergantung pada plasenta untuk bekalan oksigen dan makanan. Boleh membahayakan kesihatan ibu sekiranya berlaku pendarahan yang banyak. Pemindahan darah akan dibuat atau ibu akan disarankan bersalin awal. Simptom-simptom seperti turun darah merah terang dan sakit bahagian abdomen, pergerakan janin juga semakin lemah, rasa lembut disekeliling pinggang dan sakit bahagian bawah belakang. Faktor-faktor penyebab yang dikaitkan dengannya, antaranya ialah: tekanan darah tinggi, bentuk uterus yang abnormal, trauma, merokok dan penggunaan dadah terutamanya jenis kokaina.

8) Uri Ke Bawah
Placenta yang normal berkedudukan lebih tinggi dari uterus. Placenta atau uri ke bawah apabila ia berkeadaan uri tersebut turun ke bawah uterus, sama ada melitupi serviks atau separa menutupi serviks. Ia boleh menyebabkan pendarahan yang banyak berlaku sebelum ketika hendak bersalin. Ia dikaitkan dengan keadaan bayi yang telalu kecil atau berlaku pembesaran bayi yang tidak sempurna. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko menghadapi masalah uri ke bawah ini termsuklah pernah mengalami masalah uri ke bawah sebelum ini, mengandung kerap, pernah bersalin secara pembedahan dan berumur 35 tahun ke atas.

9) Kelahiran Pra Matang (Lahir Tak Cukup Bulan) Kelahiran pra matang berlaku selepas minggu ke-20 dan sebelum minggu ke-37. sebanyak 7% bayi dilahirkan pra matang. Tanda dan simptom kelahiran pra matang termasuklah berlakunya kontraksi, sakit bahagian belakang, perubahan cairan vagina dan cirit-birit. Kelahiran pra matang berlaku disebabkan kebocoran membran pramasa, kelemahan serviks, mengandung kembar, keabnormalan uterus atau placenta, ibu merokok, pendarahan vagina, jangkitan atau penyakit sewaktu mengandung. Bayi pula selalunya kurang berat badan (kurang dari 5 1/2 paun), mengalami masalah pernafasan kerana pembentukan paru-paru yang tidak sempurna, berisiko mengalami masalah penglihatan, jantung serta kecacatan yang lain.

10) Masalah Serviks Serviks akan terbuka dan menipis ketika ibu mengandung trimester yang kedua kerana serviks terlalu lemah untuk menahan berat bayi yang semakin membesar. Ini boleh menyebabkan kelahiran pra-matang atau berlaku keguguran. Komplikasi ini berlaku disebabkan faktor seperti biosip kun, keguguran atau kelahiran yang sukar sebelum ini. Risiko ini semakin meningkat sekiranya ibu yang hamil pernah memiliki sejarah masalah kelemahan selviks atau pernah mengalami keguguran sewaktu trimester kedua.

Wanita Dan Kesuburan

Wanita dan Kesuburan

Bilakah Waktunya Tahap Terbaik Kesuburan Wanita? Dan Bagaimanakah Caranya Untuk Mengenal Pasti Masalah Kesuburan Di Kalangan Wanita?

Secara umumnya wanita subur sebaik sahaja dia mencapai akil baligh iaitu apabila haid pertamanya keluar. Biasanya kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh dalam lingkungan umur 12 tahun.

Lumrahnya, bagi seorang wanita, tempoh kesuburan berlangsung sehingga seseorang wanita mencecah umur 48 tahun iaitu sehingga berlaku putus haid (monopaus). Oleh itu dalam jangkamasa 36 tahun waktu subur tersebut, bagi wanita yang berumahtangga akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran.

Kesuburan seseorang wanita berkait dengan keupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan akan keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu tertentu sahaja.

Terdapat beberapa cara atau kaedah bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah masanya benih tersebut keluar. Waktu mengeluarkan benih inilah waktu subur atau pun disebut sebagai fertile period.

Oleh itu bagi pasangan yang inginkan cahaya mata, inilah masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seksual atau persetubuhan atau sebaliknya elakkan hubungan bagi yang merancang untuk tidak ingin hamil.

Waktu subur boleh dikenalpasti sendiri melalui:

1. Pusingan Haid (menstruasi):

Bagi seseorang wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur setiap bulan biasanya subur. Pegeluaran benih akan berlaku pada hari ke-13 atau 14 (dikira dari hari pertama darah haid keluar).

Satu pusingan haid - ianya dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Ianya meliputi jangka masa 28 ke 30 hari.
Oleh yang demikian adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan cahaya mata senantiasa merekod tarikh bagi keluaran haid dalam buku catatan khas - yang mengandungi carta suhu badan.

Selain itu ada beberapa tanda yang biasanya berlaku pada masa keluaran benih seperti ada rasa sakit atau senak dibahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.

2. Catatan Suhu Badan:

Catatan suhu perlu dilakukan dengan menggunakan jangka suhu atau thermometer khas yang digelar "ovulation thermometer". Catatan suhu badan ini perlu dilakukan sebaik sahaja bangun dari tidur (sebelum mandi). Persediaan awal perlu dilakukan pada malam sebelumnya iaitu dengan menggoncangkan thermometer supaya tanda raksa akan turun ke paras yang paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, thermometer tersebut perlu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Catatan suhu badan ini sepatutnya dilakukan setiap hari kecuali pada masa datang haid.

Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ianya akan meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Sekiranya bentuk carta sedemikian tidak diperolehi maka seseorang wanita itu mungkin alami masalah tidak mengeluarkan benih dan seterusnya tidak boleh hamil.

Bagi seseorang wanita yang mengalami masalah gangguan haid tidak teratur atau kesukaran untuk hamil maka anda digalakkan menemui Dr. Sakit puan dan kemungkinan akan menjalani ujian-ujian berikut:-

i) Ujian Darah:
Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Manakala bagi wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benih tidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah menyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.

ii) Ujian D & C:
Ujian D & C selalunya dilakukan oleh doktor kepada wanita yang mengalami masalah kurang subur. Ia merupakan tatacara pembedahan kecil di mana saluran pangkal rahim wanita itu dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang rahim kemudian dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage. Tatacara ini memberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal rahim mereka sempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih lelaki ke dalam sistem peranakan.

Melalui proses mengikis ruang rahim ini juga membantu doktor mengeluarkan tisu yang tidak normal untuk membolehkan kehamilan berlaku.

Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu memancutkan air berwarna ke dalam saluran peranakan ketika melakukan D & C itu. Tatacara ini bertujuan untuk menguji sama ada salur fallopian terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Ujian ini jarang dilakukan pada masa sekarang kerana seringkali ia tidak memberi kepastian mengenai keadaan saluran peranakan tersebut.

Prosedur ini secara tidak langsung juga dapat membantu doktor mengenalpasti samada seseorang wanita itu boleh mengeluarkan benih ataupun tidak.

3. Pemeriksaan Fizikal:

Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklah:
* Buah dada
* Kilang tiroid pada leher
* Sistem peranakan.

Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

Pemeriksaan sistem peranakan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada sistem peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.

4. Pemeriksaan Laparoskopi:

Ia merupakan pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat. Menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.

Pemeriksaan laparoskopi ini juga sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Menurut kajian Dr. Hamid Arshat Pakar, iaitu Pakar Sakit Puan yang terkenal di negara kita, kejadian penyakit ini kini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Selain itu juga wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.

5. Ujian Hysterosalpingogram (X-Ray)

Ia merupakan ujian yangn dilakukan pada seseorang wanita yang dikesan saluran peranakannya tersumbat. Prosedur ujian ini khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada bayi sekiranya berlaku kehamilan akibat terdedah kepada bahangan atau sinar X-ray.

Semoga tulisan blog ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada anda berhubung dengan anda dan kesuburan.

Jika anda fikir topik ini berfaedah kepada anda, ada baiknya anda kongsikan maklumat ini bersama rakan anda yang lain.

Bulan Kelahiran dihiasi Foto Family

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda yang
telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

1) JANUARI
- Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
- Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
- Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
- Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
- Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
- Pandai mengambil hati orang lain.
- Pendiam kecuali telah dirangsang.
- Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
- Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
- adannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
- Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Cukup sayang pada kanak-kanak.
- Suka duduk di rumah.
- Setia pada segala-galanya.
- Perlu belajar kemahiran bersosial.
- Sifat cemburu yang sangat tinggi

2) FEBRUARI
- Berfikiran abstrak.
- Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
- Bijak dan pintar
- Berpewatakan yang mudah berubah.
- Mudah menawan orang lain.
- Agak pendiam.
- Pemalu dan rendah diri.
- Jujur dan setia pada segalanya.
- Keras hati untuk mencapai matlamat.
- Tidak suka dikongkong.
- Mudah memberontak apabila dikongkong.
- Suka kegiatan yang lasak.
- Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
- Mudah mempamerkan marahnya.
- Tidak suka benda yang remeh-temeh.
- Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
- Sangat berani dan suka memberontak.
- Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
- Pemerhatian yang tajam.
- Suka hiburan dan sukan.
- Suka benda yang bersifat seni.
- Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
- Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
- Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
- Belajar untuk mempamerkan emosi


3) MAC

- Berpesonaliti menarik dan menawan.
- Mudah didampingi.
- Sangat pemalu dan pemendam rasa.
- Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
- Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
- Suka pada kedamaian.
- Sangat peka pada orang lain.
- Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
- Tidak cepat marah dan sangat amanah.
- Tahu membalas dan mengenang budi.
- Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
- Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
- Suka berangan-angan.
- Suka melancong.
- Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
- Kelam kabut dalam memilih pasangan.
- Suka dengan hiasan rumahtangga.
- Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
- Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
- Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

4) APRIL

- Sangat aktif dan dinamik.
- Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
- Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
- Punya daya mental yang sangat kuat.
- Suka diberi perhatian.
- Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
- Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
- Sangat berani dan tiada perasaan takut.
- Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
- Emosi cepat terusik.
- Cuba kawal perasaan.
- Kecenderungan bersifat pendendam.
- Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
- Kuat daya ingatan.
- Gerak hati yang sangat kuat.
- Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
- Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
- Sangat cemburu dan terlalu cemburu

5) MEI
- Keras hati & tegas.
- Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
- Pemikiran yang tajam.
- Mudah marah apabila tidak dikawal.
- Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
- Perasaan yang amat mendalam.
- antik dari segi mental & fizikal.
- Tidak perlu dimotivasikan.
- Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
- Mudah dipujuk.
- Bersikap sistematik (otak kiri).
- Suka berangan.
- Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
- Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
- Daya khayalan yang tinggi.
- Permikiran yang tajam.
- Pandai berdebat.
- Fizikal yang baik.
- Kelemahan sistem pernafasan.
- Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
- Tidak berapa suka duduk di rumah.
- Tidak boleh duduk diam.
- Tidak punya ramai anak.
- Rajin dan bersemangat tinggi.
- Agak boros

6) JUN
- Berfikiran jauh & berwawasan.
- Mudah ditawan kerana sikap baik.
- Berperangai lemah lembut.
- Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
- Idea yang terlalu banyak di kepala.
- Bersikap sensitif
- Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
- Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
- Bersikap suka menangguh-nangguh.
- Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
- Cepat marah & cepat sejuk.
- Suka bercakap & berdebat.
- Suka buat lawak & bergurau.
- Otaknya cerdas berangan-angan.
- Mudah berkawan & pandai berkawan.
- Orang yang sangat tertib.
- Pandai mempamerkan sikap.
- Mudah kecil hati.
- Mudah kena selsema.
- Suka berkemas.
- Cepat rasa bosan.
- Sikap terlalu memilih & cerewet.
- Kurang mempamerkan perasaan.
- Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
- Suka pada barang yang berjenama.
- Mudah menjadi eksekutif.
- Kedegilan yang tidak terkawal.
- Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

7) JULAI
- Sangat suka didamping.
- Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
- Agak pendiam kecuali dirangsang.
- Ada harga dan maruah diri.
- Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
- Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
- Sangat menjaga hati orang lain.
- Sangat peramah.
- Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
- Berjiwa sentimental.
- Jarang berdendam.
- Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
- Tidak suka benda remeh-temeh.
- Membimbing cara fizikal dan mental.
- Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
- Layanan yang serupa terhadap semua orang.
- Tinggi daya simpati.
- Pemerhatian yang tajam.
- Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
- Mudah dan rajin belajar.
- Suka muhasabah diri.
- Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
- Suka mendiamkan diri.
- Suka duduk di rumah.
- Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
- Tidak agresif kecuali terpaksa.
- Lemah dari segi kesihatan perut.
- Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
- Minta disayangi.
- Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
- Terlalu mengambil berat.
- Rajin dalam membuat kerja

8) OGOS

- Suka berlawak.
- Mudah tertawan padanya.
- Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
- Berani dan tidak tahu takut.
- Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
- Pandai memujuk orang lain.
- Terlalu pemurah & bersikap ego.
- Nilai harga diri yang sangat tinggi.
- Dahagakan pujian.
- Semangat juang yang luar biasa.
- Cepat marah & mudah mengamuk.
- Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
- Sangat cemburu.
- Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
- Cepat berfikir.
- Fikiran yang berdikari.
- Suka memimpin & dipimpin.
- Sifat suka berangan.
- Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
- Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
- Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
- Belajar untuk bertenang.
- Sikap kelam kabut.
- Romantik, pengasih dan penyayang.
- Suka mencari kawan

9) SEPTEMBER

- Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
- Sangat cermat, teliti & teratur.
- Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
- Pendiam tapi pandai bercakap.
- Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
- Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
- Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
- Sangat sensitif yang tidak diketahui.
- Orang yang banyak berfikir.
- Daya pentaakulan yang baik.
- Otak bijak & mudah belajar.
- Suka mencari maklumat.
- Kawal diri dari terlalu mengkritik.
- Pandai mendorong diri sendiri.
- Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
- Suka sukan, hiburan & melancong.
- Kurang menunjukkan perasaannya.
- Terluka hatinya sangat lama disimpan.
- Terlalu memilih pasangan.
- Sukakan benda yang luas.
- Bersistematik

10) OKTOBER

- Suka berbual.
- Suka orang yang sayang padanya.
- Suka ambil jln tengah.
- Sangat menawan & sopan santun.
- Kecantikan luar & dalam.
- Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
- Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
- Sentiasa berkawan.
- Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
- Cepat marah.
- Macam pentingkan diri sendiri.
- Tidak menolong orang kecuali diminta.
- Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
- Tidak suka terima pandangan orang lain.
- Emosi yang mudah terusik.
- Suka berangan & pandai bercakap.
- Emosi yang kelam kabut.
- Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
- Suka melancong, bidang sastera & seni.
- Pengasih, penyayang & lemah lembut.
- Romantik dalam percintaan.
- Mudah terusik hati & cemburu.
- Ambil berat tentang orang lain.
- Suka kegiatan luar.
- Orang yang adil.
- Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
- Mudah patah semangat

11) NOVEMBER
- Banyak idea dalam perkara.
- Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
- Berfikiran kehadapan.
- Berfikiran unik dan bijak.
- Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
- Pemikiran yang tajam.
- Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
- Sesuai jadi seorang doktor.
- Cermat dan teliti.
- Personaliti yang dinamik.
- Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
- Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
- Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.Terlalu degil dan keras hati.
- Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
- Tak suka marah kecuali digugat.
- Mudah ambil berat terhadap orang lain.
- Pandai muhasabah diri.
- Cara berfikir yang lain dari orang lain.
- Otak yang sangat tajam.
- Pandai mendorong diri sendiri.
- Tidak hargai pujian.
- Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
- Cuba sampai berjaya.
- Badan yang sasa.
- Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
- Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
- Suka duduk di rumah.
- Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
- Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
- Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
- Bercita-cita tinggi.
- Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

12) DISEMBER
- Sangat setia dan pemurah.
- Bersifat patriotik.
- Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
- Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
- Bercita-cita tinggi.
- Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
- Seronok bila didampingi.
- Suka bercampur dengan orang.
- Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
- Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
- Tidak pandai berpura-pura.
- Cepat marah.
- Perangai yang mudah berubah-ubah.
- Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
- Benci pada kongkongan.
- Suka berlawak.
- Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Amalan Semasa Mengandung

Amalan semasa mengandung
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Surah-surah yang digalakkan diamalkan sewaktu mengandung pula:
* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surah Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:
1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat
2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.
3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.
4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Aminn