Tuesday, May 4, 2010

Tips dan Cara Menjaga Luka Cesarean

Tips dan Cara Menjaga Luka Cesarean

Bagi mereka yang bersalin cesarean, bahagian yang perlu dijaga ialah dibahagian luka kerana jika luka tidak sentiasa kering, kemungkinan untuk terkena jangkitan dan bernanah adalah tinggi. Proses penyembuhan juga akan mengalami kelewatan apabila luka terkena jangkitan.

Menjaga luka cesarean sebenarnya tidaklah susah. Cuma yang penting adalah disiplin didalam melakukanya disepanjang tempoh berpantang :

1. Setiap kali selepas mandi, keringkan bahagian luka pembedahan dengan pengering rambut (hair dryer). Ini penting agar luka sentiasa kering dan tidak terkena jangkitan kuman dan bernanah.

2. Cara yang paling efektif bagi mengeringkan luka cesarean ialah dengan MENGGUNAKAN PENGERING RAMBUT. Sekiranya anda menggunakan kipas angin, ia boleh menyebabkan luka bernanah dan terkena jangkitan kerana luka tidak betul-betul kering. Ditambah pula jika kipas angin tu penuh dengan habuk.

3. Di ikuti dengan menyapu ubat luka ke tempat pembedahan setiap kali sebelum memakai bengkung sebagai pencegahan supaya luka tidak bernanah. Dinasihatkan ubat luka disapu selama 30 hari atau sehingga cukup 44 hari berpantang. Ubat luka ini selain dibekalkan oleh hospital, anda juga boleh dapatkannya di farmasi.

4. TISU GULUNG digunakan untuk melapik bengkung sewaktu didalam tempoh berpantang selepas bersalin. Tujuannya bukan sahaja untuk mengelakkan bengkung dari kotor tetapi juga sebagai penyerap peluh terutama dibahagian pembedahan. Ini adalah salah satu dari cara tambahan untuk memastikan bengkung sentiasa bersih dan kering. Menggunakan tisu sebagai pelapik bengkung juga amat praktikal dibandingkan dengan menggunakan kain kerana ia boleh diganti dengan tisu baru yang bersih setiap kali selepas mandi dan hendak memakai bengkung semula.

5. Elakkan dari menyapu gel gamat di tempat luka. Jika anda ingin juga menyapu gel gamat, tunggulah sehingga luka sudah benar-benar kering atau 3 minggu selepas pembedahan. Jika andal menyapu gel gamat ini terlalu awal, ia boleh menyebabkan jangkitan dan melambatkan proses penyembuhan.

# Walaupun luka sudah sembuh dan kuat, sesekali anda akan terasa ngilu dibahagian parut luka terutama apabila melakukan kerja yang memerlukan anda mengangkat barang yang berat.

No comments:

Post a Comment